Saturday, 5 December 2015

Model Penyelesaian Masalah Secara Logik

Masalah boleh diselesaikan secara saintifik dan logik. Melalui kaedah logik, langkah yang pertama ialah mendefinisikan masalah iaitu mendefinisikan masalah dengan betul  dan secara sistematik supaya tidak membawa kesan yang tidak diingini. Langkah kedua ialah mengkelaskan masalah. Salah satu caranya ialah berdasarkan tinggi atau rendahnya risiko yang ada pada tiap tiap masalah itu, kita selesaikan dahhlu mengenal pasti risiko dan menyelesaikan masalah yang paling tinggi risikonya. Langkah yang ketiga ialah tentukan objektif iaitu objektif yang hendak dicapai mestilah jelas, mudah difahamu dan praktikal. Objektif tersebut mestilah disampaikan kepada orang yang terlibat dan mereka seharusnya memahami apakah objektif yang hendak dicapai. Langkah seterusnya ialah tentukan ukuran kerjayaan dengan menetapkan standard atau piawaian yang menjadi pengukur kepada penyelesaian masalah. Langkah kelima pula ialah kutipan data. Penyelesaian masalah memerlukan pengumpulan data dan maklumat yang berkaitan dengan masalah. Semua faktor yang menjadi punca kepada masalah perlulah dikumpulkan. Setelah membina opsyen berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul, langkah seterusnya ialah membuat keputusan untuk memilih opsyen yang paling tepat untuk dilaksanakan. Akhir sekali ialah melaksanakan keputusan yang diambil. Keputusan yang diambil haruslah mempunyai keyakinan, kesungguhan, kemahiran, ketepatan, penyesuaian, objektiviti dan kebolehan bekerja dalam kumpulan.

No comments:

Post a Comment