Assalamualaikum
Saturday, 5 December 2015
Penyelesaian Masalah Secara Saintifik
Menyelesaikan masalah secara saintifik melibatkan proses empirikal induktif. Yang pertama ialah mengadakan hipotesis tertentu sebagai penggeraknya. Selain itu, mengumpul maklumat iaitu dimana peringkat inilah yang membezakan kaedah saintifik dengan kaedah-kaedah tidak saintifik. Yang seterusnya ialah membuat kesimpulan. Setelah mengumpul maklumat yang mencukupi, barulah sampai kepada membuat kesimpulan. Manakala penyelesaian masalah secara kreatif mempunyai ciri-ciri yang berikut iaitu ia tidak bersifat kritikal, analitikal dan vertical. Penyelesaian masalah secara islam mempunyai dua corak yang popular iaitu pendekatan hukum dan pendekatan sufi. Pendekatan hukum merupakan pendekatan islam yang bersifat rasional dan intelektual. Manakala pendekatan sufi ialah bersifat moral dan spiritual.
Model Penyelesaian Masalah Secara Logik
Masalah boleh diselesaikan secara saintifik dan logik. Melalui kaedah logik, langkah yang pertama ialah mendefinisikan masalah iaitu mendefinisikan masalah dengan betul dan secara sistematik supaya tidak membawa kesan yang tidak diingini. Langkah kedua ialah mengkelaskan masalah. Salah satu caranya ialah berdasarkan tinggi atau rendahnya risiko yang ada pada tiap tiap masalah itu, kita selesaikan dahhlu mengenal pasti risiko dan menyelesaikan masalah yang paling tinggi risikonya. Langkah yang ketiga ialah tentukan objektif iaitu objektif yang hendak dicapai mestilah jelas, mudah difahamu dan praktikal. Objektif tersebut mestilah disampaikan kepada orang yang terlibat dan mereka seharusnya memahami apakah objektif yang hendak dicapai. Langkah seterusnya ialah tentukan ukuran kerjayaan dengan menetapkan standard atau piawaian yang menjadi pengukur kepada penyelesaian masalah. Langkah kelima pula ialah kutipan data. Penyelesaian masalah memerlukan pengumpulan data dan maklumat yang berkaitan dengan masalah. Semua faktor yang menjadi punca kepada masalah perlulah dikumpulkan. Setelah membina opsyen berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul, langkah seterusnya ialah membuat keputusan untuk memilih opsyen yang paling tepat untuk dilaksanakan. Akhir sekali ialah melaksanakan keputusan yang diambil. Keputusan yang diambil haruslah mempunyai keyakinan, kesungguhan, kemahiran, ketepatan, penyesuaian, objektiviti dan kebolehan bekerja dalam kumpulan.
Friday, 4 December 2015
Kaedah Penyelesaian Masalah
Assalamualaikum w.b.t. Tidak dinafikan bahawa sebagai manusia kita tidak boleh lari dari masalah. Setiap hari ada saja masalah yang datang untuk mnguji keimanan dan keyakinan kita terhadap sang pencipta iaitu Allah swt. Oleh itu, kita haruslah tahu kaedah yang betul untuk mnyelesaikan masalah tersebut. Kajian menunjukkan seseorang itu perlu mempunyai ciri ciri tertentu seperti mempunyai motivasi yang kuat, trait yang positif, jati diri dan membina kemahiran. Penyelesai masalah harus seseorang yang mmpunyai kemampuan kekuatan dan tidak boleh dilemahkan dengan masalah. Trait yang positif seperti mempunyai emosi yang stabil untuk membolehkannya menyelesai masalah secara objektif. Jati diri adalah penting kerana mereka yang mempunyai jati diri akan dapat menguasai situasi yang mungkin timbul. Manakala membina kemahiran iaitu dengan menggunakan berbagai-bagai teknik model dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, masalah yang datang juga boleh dikategorikan kepada enam kategori. Antaranya ialah kategori masalah misteri, tugasan (assignment), kesukaran (difficulties), peluang (opportunities), tidak pasti (puzzles) dan dilema. Misteri ialah satu situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku dan tidak diberi satu penjelasan yang nyata tentang terjadinya sesuatu kejadian itu. Tugasan pula ialah dimana kontrak di antara ketua dan orang yang diarahkan untuk menjalan tugasan tersebut. Kesukaran dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu subjektif dan objektif. Kesukaran subjektif ialah sifat-sifat negatif atau mental manakaka kesukaran objektif ialah perkara yang menghalang kemajuan yang berasa diluar individu seperti ilmu pengetahuan. Peluang ialah dimana usaha yang berterusan haruslah diberikan agar mendapat hasil daripada usaha kita yang menerbitkannya. Tidak pasti atau 'puzzles' ialah situasi yanv dimana kita tidak tahu mana jawapan yang betul. Untuk mengkaji segala kekaburan dan keadaan yang kompleks untuk mencari jawapan yang betul. Akhir sekali ialah dilema iaitu situasi di mana amat sukar untuk mencari penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya. Kesimpulannya, kita hauslah yakin terhadap diri sendiri dan percaya bahawa kita mampu untuk menyelesaikan setiap masalah yang datang dengan baik tanpa menjejaskan akal fikiran. Kenal pasti masalah tersebut dan selesaikan ianya dengan baik.
Sunday, 29 November 2015
Subscribe to:
Comments (Atom)
